Pelakon Ungku Ismail menjadi perhatian apabila dilihat memberikan respon pada satu hantaran seorang individu di laman Threads.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa dirinya tidak diterima oleh seorang lelaki kerana tidak bersedia untuk menjadi bapa tiri.
BACA: Ungku Ismail Cipta Aplikasi ‘Power Congak’ Untuk Anak

Membalas hantaran wanita itu, Ungku Ismail berkata lelaki matang tidak mengambil kira mengenai status seseorang wanita itu sama ada janda atau tidak.
Kata Ungku Ismail lagi, kemungkinan lelaki tersebut tidak sedia untuk berkahwin. Tambahnya lagi, apabila lelaki itu sudah matang mereka tidak akan persoalkan mengenai status wanita tersebut.
“Dia tidak mahukan awak. Mungkin dia tak sedia nak kahwin atau awak ada sifat yang dia tak berkenan. Tu je.
“Lelaki sebenar, tak ada pun nak ambil pusing janda ke tidak ni. Tanya budak sekolah memanglah nak dara fresh bagai, tapi apabila lelaki sudah matang, dia akan sedar.
“Perempuan tu kalau boleh akur dan taat untuk dia berdiri sebagai ketua keluarga, maka dia akan terima, Cantik? dara? Seksi? Tapi lepas kahwin pening kepala dengan keras kepala degil melawan cakap, tak guna juga,” katanya.
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut meminta orang ramai untuk hentikan stigma terhadap golongan janda dan balu.
“Lepaskan stigma masyarakat terhadap janda atau balu ini tak ada market lah. Anak dara pun perlu bersiap lawa-lawa untuk tarik perhatian lelaki yang baik. Tiada bezanya,” katanya.






