Selangor cipta sensasi ke final Kejuaraan Kelab ASEAN

Selangor cipta sensasi ke final Kejuaraan Kelab ASEAN


Moraes (kiri) meraikan jaringannya bersama Faisal Halim. Foto Selangor FC

SELANGOR FC mencipta sensasi apabila melangkah bergaya ke pentas final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menundukkan kelab Vietnam, Nam Dinh FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thien Truong, Vietnam pada Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah melengkapkan kemenangan agregat 4-1 selepas turut mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), minggu lalu.

Penyerang sensasi, Chrigor Moraes muncul wira perlawanan apabila menjaringkan kedua-dua gol buat skuad kendalian Kim Pan-gon itu bagi memastikan tiket ke perlawanan akhir menjadi milik mereka.

Gol pertama Selangor hadir pada minit ke-40 selepas Selangor dihadiahkan sepakan penalti dan Moraes tenang menyempurnakan sepakan untuk meletakkan Gergasi Merah selesa di depan.

Peledak import dari Brazil itu sekali lagi menceriakan kem Selangor apabila meledak gol kedua hasil hantaran kemas Zikri Khalili pada penghujung separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Bagi aksi final nanti, Selangor kini sedang menanti lawan antara satu lagi pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau kelab Thailand, Buriram United yang sedang berentap bagi penentuan slot akhir.



Source link

OR

Scroll to Top