Lama tak dengar cerita mengenai Zul Yahya, terbaru pelakon itu kini berdepan detik sukar apabila peniagaan makanan yang diusahakannya kurang stabil.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memuat naik sesi siaran langsung pelakon itu yang memaklumkan perniagaannya kini berdepan masalah.
BACA: Zul Yahya Kata Dia Sebenarnya Okay, Tiada Masalah

Tambahnya lagi, disebabkan itu juga dia bersama keluarga terpaksa tinggal di kedai berikutan bil elektrik rumah mereka tertunggak.
“Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak. Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup,” katanya.
Sementara itu, individu tersebut turut menyeru orang ramai seandainya sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pelakon itu.
“Saya pun dapat sedekah yang mampu sahaja. Kalau awak semua sudi tolong, cuba hubungi dia. InsyaAllah dipermudahkan,” katanya.






