Pelakon Syatilla Melvin menjadi perhatian apabila memuat naik mengenai doa selepas mendengar satu ceramah.
Menerusi satu hantaran di Threads, Syatilla berkata dalam satu ceramah ada ustaz menyebut ramai yang berebut ke Mekah untuk berdoa di depan kabaah agar ianya dimakbulkan.
BACA: “Bayangkan Tuhan Ambil Dalam Keadaan Lalai?” – Syatilla Melvin Ingatkan Jaga Solat

Bagaimanapun, ustaz itu turut menyebut ramai yang terlupa di rumah ada doa ibu itu lebih mustajab disisi Allah.
“Tadi dengaq ceramah ustaz, dia sebut, ramai orang berebut nak pergi Mekah berdoa depan Kaabah untuk terkabul segala hajat, tapi mereka lupa dalam rumah mereka ada sosok seorang ibu yang lebih hebat, dahsyat dan mustajab doanya,” tulisnya.
Sementara itu, Syatilla turut mengingatkan kepada mereka yang masih ada ibu agar sentiasa menghargai memohon doa daripada ibu walaupun untuk perkara kecil.
“Yang mana masih ada ibu, mintak hari-hari dia doa walaupun sekecik-kecik hal,” tulisnya.






