Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei

Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei


PETALING JAYA: Hari Raya Aidiladha di negara ini ditetapkan pada 27 Mei ini (Rabu) bersamaan 10 Zulhijah 1447H.

Pengumuman dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Aidiladha ialah pada 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026,” katanya.

Petang tadi, ditetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah di 29 lokasi di seluruh negara. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top