PRN Sabah: 'Biarlah kerajaan negeri, saya fikirkan tarikh sesuai' – Hajiji

PRN Sabah: 'Biarlah kerajaan negeri, saya fikirkan tarikh sesuai' – Hajiji



am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 hanya akan diadakan apabila waktunya sudah tiba, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji mengakui cakap-cakap mengenai PRN Sabah semakin hangat diperkatakan rakyat di negeri ini memandangkan tempoh kerajaan negeri akan berakhir Oktober tahun depan.

“PRN Sabah hanya akan kita adakan apabila waktunya tiba, sama ada kerajaan yang ada sekarang sampai penghujung tempoh atau sebelum itu.

“Bila pilihan raya negeri itu dilangsungkan, biarlah kerajaan (negeri) atau saya sebagai ketua kerajaan memikirkan tarikh sesuai diadakan,” katanya ketika diwawancara menerusi Program Naratif Khas dari Studio RTM Sabah di sini, malam ini.

Beliau berkata, baki masa yang ada pada kerajaan negeri ketika ini wajar dimanfaatkan memberi khidmat serta melaksanakan pelbagai program dirancang untuk rakyat Sabah.

“Bagi saya, satu suasana politik stabil mesti diwujudkan di Sabah untuk kebaikan rakyat dan negeri,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top