Shila Amzah Pembawa Talasemia, Reda Tak Boleh Hamil Lagi

Shila Amzah Pembawa Talasemia, Reda Tak Boleh Hamil Lagi


Penyanyi Shila Amzah berkata dia menerima dengan terbuka apabila doktor menasihatkannya agar tidak hamil lagi selepas disahkan dirinya pembawa talasemia.

Memetik Oh Bulan, Shila berkata dia reda serta akur dengan nasihat doktor meskipun mengimpikan keluarga besar.

BACA: “Habiskan Bayar Rumah & Kereta” – Shila Amzah Tekad Nak Bebas Hutang

“Saya reda menerima takdir ini. Sudah pasti kalau tanya saya, memang impikan anak yang ramai, tapi dalam masa sama saya perlu akur dengan nasihat doktor.

“Mungkin ada juga hikmah Allah atas semua yang berlaku ini. Suami saya dia okay juga dengan keadaan ini, dia seorang yang santai. Dia sentiasa memberi semangat kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Shila memaklumkan ketika melahirkan dua cahaya mata sebelum ini dia cuba bersalin normal namun terpaksa melakukan pembedahan selepas berlaku komplikasi.

“Saya sudah mengalami dua kali emergency czer-section. Ketika anak sulung, saya cuba bersalin normal tetapi bukaan lambat jadi terpaksa dibedah.

“Anak kedua pun awalnya saya cuba untuk normal, tetapi malang sekali ketika itu degupan jantung bayi semakin rendah. Ubai nampak ketika kepala bayi dikeluarkan, tali pusat berbelit pada leher bayi. Itu yang kena bedah,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata berikutan risiko kehilangan darah ketika proses bersalin kerana masalah kekurangan darah akibat talasemia, doktor tidak menggalakkan untuk hamil lagi.

“Kenapa doktor beritahu tidak boleh hamil anak ketiga kerana ibu yang bersalin banyak pertumpahan darah yang berlaku, jadi orang yang tidak cukup darah seperti saya akan ada risiko yang boleh berlaku.

“Sebab itu doktor nasihatkan saya supaya tidak ada anak ketiga dengan sejarah dua kali kelahiran secara pembedahan,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top