am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Kami sepakat berpisah untuk beri ruang pada diri masing-masing berfikir semula mengenai hubungan ini,” kata pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani, 45, ketika diminta mengulas mengenai perpisahannya dengan pelakon, Alif Hadi, 36 yang diperkatakan ketika ini
Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Ismail Richarson berkata, dia dan Alif hanya putus dalam hubungan percintaan tapi masih kekal sebagai kawan baik.
“Kami sudah berpisah secara baik, lebih dua bulan lalu.
“Saya tidak mahu kecoh mengenai perkara itu kerana mahu beri ruang pada diri masing- masing untuk berfikir dan merasai sama ada kami masih saling merindui atau sebaliknya dan sama ada hubungan ini boleh pergi jauh atau pun tidak?
“Memang saya berasa sedih dengan perpisahan itu tapi ia sudah lebih dua bulan berlalu. Saya pun sibukkan diri dengan kerja, begitu juga Alif,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya kemenangan Alif pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini, Yasmin berkata, dia turut gembira dan bersyukur dengan kejayaan bekas kekasihnya itu.
“Alhamdulillah, saya menangis bila tengok dia menang dan pada masa sama sedih bila dapat tahu dia pergi anugerah itu seorang diri kerana pengurusnya sibuk ketika itu.
“Alif tidak ajak saya temani dia ke majlis anugerah itu kerana kami sudah putus, sedangkan saya okay sahaja untuk menemaninya pada malam itu,” katanya.
Terdahulu, Alif mendedahkan hubungan cintanya selama lebih tiga tahun dengan Yasmin Hani sudah putus sejak dua bulan lalu dan dia reda dengan perpisahan itu.
Alif berkongsi perkara itu sewaktu diaju soalan kenapa dia hadir berseorangan menerima trofi Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.
Yasmin pernah berkahwin dengan dengan Sha’arin yang juga bekas pemain dram Black Rose pada 2011.
Namun, mereka bercerai selepas 10 tahun berkahwin kerana tiada persefahaman iaitu pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10; dan Eissa Elzander Wong, 7.
© New Straits Times Press (M) Bhd