Tragedi dirempuh lori terbabas, ibu maut, anak kecil parah

Tragedi dirempuh lori terbabas, ibu maut, anak kecil parah


am@hmetro.com.my

Kuantan: Seorang ibu maut manakala anak lelakinya cedera parah sejurus motosikal ditunggang mereka dirempuh lori di Kilometer 64, Jalan Ibam-Rompin, berhampiran pencawang elektrik Kampung Kundang, Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata, dalam kejadian jam 4.45 petang semalam, mangsa, Normala Siti, 31, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.

Katanya, anak mangsa berusia enam tahun yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Berdasarkan laporan, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan iaitu lori dan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori itu dalam perjalanan dari arah Selendang, Rompin menghala ke arah Muadzam Shah manakala motosikal dinaiki dua beranak itu dari arah Muadzam Shah menghala ke arah Rompin.

“Lori itu yang sedang bergerak dikatakan mengalami kerosakan apabila enjinnya mati mendadak.

“Berikutan itu, stereng lori dipercayai mengalami masalah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki dua beranak itu.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dan anaknya mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah pada jam 7.45 malam.

Katanya, anak lelaki mangsa yang cedera parah menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu lori berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berkaitan kemalangan ini, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat di talian 017-9249261 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top