OSK Ombak, syurga Mediterranean mewah di pesisir pantai Kuantan

OSK Ombak, syurga Mediterranean mewah di pesisir pantai Kuantan


KUANTAN: OSK Property secara rasminya memperkenalkan OSK Ombak, sebuah projek pembangunan pegangan bebas yang menawarkan gaya hidup eksklusif di tepi Pantai Balok, Kuantan.

Pembangunan yang diinspirasikan daripada konsep resort Mediterranean ini membabitkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM690 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Definisi baru kehidupan tepi pantai

Terletak tapak seluas 5.99 ekar, OSK Ombak bakal menjadi mercu tanda baharu yang menggabungkan reka bentuk berinspirasikan resort dengan potensi pelaburan yang tinggi.

Bagi menjamin keselesaan setiap penghuni, pembangunan ini bakal menempatkan tiga blok pangsapuri servis dilengkapi dengan unit runcit yang dipilih secara khusus.

Sebanyak 1,274 unit kediaman ditawarkan pihak pemaju dengan kelengkapan perabot penuh, di mana pembeli boleh memilih pelbagai pelan lantai bermula daripada unit studio hingga unit tiga bilik.

Selain itu, unit kediaman ini turut disertakan dengan konfigurasi dwi-kunci yang direka khusus untuk memberikan fleksibiliti kepada pemilik, sama ada untuk didiami sendiri atau dijadikan aset pelaburan bagi menjana pendapatan.

 

Bagi meningkatkan pengalaman ala resort, penghuni dapat menikmati lebih daripada tiga ekar kemudahan yang disediakan termasuk zon kesejahteraan, ruang santai di podium serta kolam renang bertingkat.

Antara yang paling unik ialah ‘The Blue Cove’, sebuah gua pengembaraan ikonik dengan akses terus ke kolam renang utama.

Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti Rider Trail, Cross Fitness dan kawasan berhalangan yang terletak di podium landskap untuk aktiviti seisi keluarga.

Peluang pelaburan, pertumbuhan ekonomi

 

Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Chu Wai Lune, berkata OSK Ombak mencerminkan komitmen syarikat dalam menghasilkan pembangunan yang melangkaui fungsi kediaman biasa dengan memberikan nilai jangka panjang kepada pembeli.

Tambahnya, projek ini direka bagi memenuhi jangkaan gaya hidup moden yang mementingkan fleksibiliti dan aksesibiliti.

Dari sudut pelaburan, OSK Ombak mendapat manfaat daripada pertumbuhan pesat sektor perindustrian di Kuantan, terutamanya menerusi Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan koridor perindustrian Gebeng.

Kehadiran pelaburan multinasional dan golongan profesional di kawasan ini turut dijangka mewujudkan permintaan yang stabil terhadap penginapan berkualiti.

Ketersambungan projek ini juga akan diperkukuhkan dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada tahun 2027 serta pembesaran Pelabuhan Kuantan yang dijangka memacu aliran pelancong dan aktiviti perniagaan ke kawasan tersebut.

Kediaman lestari bermula RM380,000

Dengan harga bermula RM380,000, OSK Ombak menawarkan peluang mampu milik untuk memiliki hartanah tepi pantai yang strategik.

Projek ini turut menekankan aspek kelestarian dengan sasaran bagi memperoleh pensijilan GreenRE Silver melalui penggunaan sistem cekap tenaga dan bahan binaan mesra alam.

Orang ramai yang berminat kini boleh membuat pendaftaran minat. Untuk maklumat terperinci, orang ramai dipelawa untuk hadir ke galeri jualan OSK Ombak yang terletak di Kuantan ataupun kunjungi kiosk jualan mereka di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya.

Sebarang maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 011-2802 8000 atau layari laman web rasmi di oskombak.com.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top