PAS beri amaran! Pimpinan & ahli dilarang keluarkan kenyataan tanpa kebenaran parti

PAS beri amaran! Pimpinan & ahli dilarang keluarkan kenyataan tanpa kebenaran parti


PAS menegaskan bahawa semua pimpinan dan ahli parti tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan atau ulasan berkaitan perkembangan semasa yang melibatkan parti dengan mana-mana pihak tanpa kebenaran khas daripada parti.

Bertujuan untuk elak kekeliruan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan langkah itu bertujuan untuk memastikan setiap maklumat yang disalur kepada umum lebih tersusun dan tidak menimbulkan kekeliruan di mana-mana saluran media atau komunikasi.

“Pimpinan dan ahli PAS agar tidak membuat sebarang kenyataan ataupun ulasan mengenai perkembangan terkini yang melibatkan pihak-pihak lain dengan PAS dalam mana-mana saluran media atau komunikasi melainkan dengan kebenaran khas Parti,” ujarnya.

Minta serah kepada Tuan Guru Presiden & kepimpinan parti

Dalam masa sama, semua pihak dalam parti diminta untuk kekal tenang dan memberi ruang kepada kepimpinan tertinggi menguruskan isu berkenaan dengan lebih berhati-hati dan berhemah.

“Semua pihak diminta kekal tenang dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada Tuan Guru Presiden dan kepimpinan Parti yang akan menguruskannya dengan cermat dalam waktu terdekat,”

Di akhir kenyataan tersebut juga, PAS menegaskan bahawa mereka sangat menekankan kepentingan disiplin komunikasi dalam parti bagi memastikan setiap isu ditangani secara berpusat dan teratur.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan





Source link

OR

Scroll to Top