12 pelajar maut, 33 cedera dalam nahas lebuh raya di Kaherah

12 pelajar maut, 33 cedera dalam nahas lebuh raya di Kaherah


KAHERAH – Sebuah bas yang membawa penuntut universiti terbalik menyebabkan 12 pelajar maut manakala 33 orang lagi cedera.

Mereka yang berada di dalam bas berkenaan adalah penuntut Universiti Galala.

Media tempatan melaporkan, semasa kejadian para pelajar berkenaan dalam perjalanan balik ke asrama di Ain Sokhna, menggunakan Lebuh Raya Galala.

Pemandu bas sudah ditahan.

Kemalangan yang membabitkan bas itu sahaja.

Akhbar al-Youm melaporkan, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan kelajuan dan keadaan bas semasa nahas berlaku,

Kementerian kesihatan berkata, mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan dan 19 telah dibenarkan pulang.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Mesir, kerana para pemandu sering mengabaikan peraturan lalu lintas dan banyak jalan dalam keadaan baik pulih.

Jalan Galala, yang menjadi lokasi nahas adalah salah satu lebuh raya dan jejantas yang dibina sejak sedekad lalu sebagai sebahagian daripada tumpuan kerajaan terhadap projek infrastruktur.

Angka rasmi mengatakan lebih 5,600 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 2023 di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top