“Ya Allah Kurniakan Isteriku Haji Yang Mabrur..Semoga Pulang Membawa Cahaya Iman…”

“Ya Allah Kurniakan Isteriku Haji Yang Mabrur..Semoga Pulang Membawa Cahaya Iman…”


Penyanyi dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim dilihat memuat naik hantaran istimewa buat isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah haji.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yusry mendoakan agar ibadah Lisa dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur.

BACA: “Saya Rindu Lisa, Ini Adalah Fasa Yang Berat” 

Lebih menjadi perhatian, Yusry turut berharap kepulangan isterinya itu nanti akan membawa cahaya iman yang lebih indah buat diri serta keluarga mereka.

“Ya Allah kurniakanlah isteriku haji yang mabrur, hati yang tenang, serta perjalanan yang dipenuhi keberkatan dan perlindungan-MU. Semoga pulang nanti membawa cahaya iman yang lebih indah buat diri, keluarga dan kehidupan kami.

“Labbaikallahumma Labbaik, titipkan juga doa buat kami di hadapan Kaabah nanti. Doakan juga supaya suamimu ini bakal menyusul bersama-sama suatu hari nanti,” tulisnya.

Terdahulu, Yusry berkata dia tidak dapat menahan rindu apatah lagi isterinya sedang mengerjakan ibadah haji.

Yusry berkata ketiadaan isteri tercinta disisi ketika ini merupakan fasa paling berat dirasakan dalam hidupnya.






Source link

OR

Scroll to Top