Pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia tidak menyangka menerima hadiah kereta Lamborghini Urus daripada ibunya, Datuk Seri Vida sempena ulang tahun kelahirannya.
Memetik HibGlam, Cik B berkata dia mereasakan tidak layak menerima hadiah berkenaan kerana sebelum ini ibunya sudah membelikan kereta jenis Mercedes untuknya.
BACA: DSV Hadiahkan Cik B Lamborghini Urus Sempena Hari Jadi
“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru.
“Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya.
“Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya.
Sementara itu, Cik B berkata adiknya iaitu Kacak yang menguruskan segala proses pembelian kereta berkenaan dan perkara itu dirahsiakan daripadanya.
“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya. Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” katanya.
Melihatkan segala pengorbanan ibunya dan kemewahan dikecapi, dia mahu membanggakan dan menyenangkan bidadarinya itu sebagai membalas jasa.
“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket, apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan.
‘Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes, biar saya yang uruskan semuanya.
“Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama. Mama ada lebih 200 pekerja dan saya sendiri tertanya-tanya macam mana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” katanya
Sumber: HibGlam






