Permintaan Hampir 300 Lembu Korban, Bisnes Jamal Abdillah Terus Rancak

Permintaan Hampir 300 Lembu Korban, Bisnes Jamal Abdillah Terus Rancak


Raja Pop Datuk Jamal Abdillah berkongsikan perusahaan penternakan dan pembekalan lembu korban yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu terus mendapat sambutan menggalakkan menjelang Hari Raya Aidiladha.

Memetik Harian Metro, penyanyi berusia 67 tahun itu berkata permintaan terhadap lembu meningkat setiap tahun mencecah hampir 300 ekor. 

BACA: Ameng Dedah Jamal Abdillah Bawa Duit Nak Jamin Ketika Di Penjara

“Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ketiga saya mengusahakan bekalan lembu korban. Setakat ini, permintaan mencecah antara 280 hingga hampir 300 ekor.

“Sehingga hari pertama Aidiladha (semalam), saya masih berdepan kekurangan bekalan kerana ada penghantaran yang perlu dibuat, termasuk ke Kelantan yang masih memerlukan tambahan bekalan.

“Alhamdulillah, tahun ini permintaan semakin meningkat berbanding sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata dia terpaksa tangguhkan ibadah korban dan memilih untuk melakukan pada hari ketiga.

“Tahun ini saya buat korban pada hari kedua atau ketiga kerana terlalu sibuk menguruskan penghantaran lembu ke lokasi lain.

“Malah, pada malam sebelum Aidiladha pun masih ada lori yang masuk selepas jam 12 tengah malam untuk mengambil bekalan dan dihantar ke lokasi tertentu.

“Selepas selesai solat sunat Aidiladha, penghantaran dibuat mengikut daerah dan jumlah yang ditetapkan. Jadi, saya memilih untuk melaksanakannya pada hari ketiga, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata perniagaanya itu hanya tertumpu di Bukit Merah dan lebih kepada minat namun nyanyian tetap sumber pendapatan utama.

“Buat masa ini operasi saya hanya tertumpu di Bukit Merah. Sebenarnya ini lebih kepada minat dan hobi, bukannya perniagaan utama saya.

“Kerjaya sebenar saya tetap dalam bidang nyanyian. Saya menyanyi dan itulah sumber rezeki utama saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top