Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang didakwanya tidak menghargai usaha bantuannya dalam meringankan beban bagi meneruskan hidup.
Mungkin saya silap beri bantuan

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff mengakui kemungkinan dirinya tersilap dalam menilai individu yang perlu dibantu, namun menegaskan niatnya hanya untuk menolong tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Mungkin Papa silap membantu orang yang tak sepatutnya Papa bantu. Papa tak minta dihargai atau dikenang. Cukuplah doa dari anda supaya nafas Papa masih ada untuk terus membantu golongan yang betul-betul memerlukan,” ciapannya, hari ini.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan sokongan dan mendoakan agar beliau terus kuat serta meneruskan usaha membantu golongan memerlukan.
Malah ada juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa setiap bantuan perlu lebih berhati-hati agar tidak disalah guna oleh pihak tertentu.
Hanya Allah dapat membalas

Terima kasih beri bantuan

Takpe, niat dah betul

Artikel lain: Hidup serba kekurangan, Norish Karman terima duit puluhan ribu hasil ‘live’ dengan Aliff Syukri
Terdahulu, Aliff pernah membantu keluarga pelakon Norish Karman melalui sumbangan wang tunai melebihi RM 15,000 hasil jualan produk yang dilakukan secara siaran langsung di TikTok.
Menurut usahawan itu, sumbangan tersebut dianggap sebagai bayaran atau ‘gaji’ buat Norish sekeluarga, khususnya anak perempuannya, Hanyz Amanda, yang sebelum ini memohon peluang pekerjaan daripadanya.
Sumber: Threads aliffsyukriterlajaklaris






