Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia enggan mengulas secara berlebihan apabila namanya terus dikaitkan dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.
Memetik BH Online, Vida berkata anaknya iaitu Cik B yang mula mengusiknya dengan Fazley dan hanya bergurau mengenai perkara itu.
BACA: “Datuk Seri Vida Menepati Ciri-Ciri Isteri Sempurna”
“Sebenarnya Cik B yang mulakan dulu. Dia duduk bersama Fariedz Fazley selama beberapa minggu dan melihat sendiri bagaimana Fazley menyayangi anak-anaknya.
“Mungkin Cik B bergurau manja dan mesra mengenai perkara itu. Kita tak boleh nak kata apa. Kawan ke apa, kita tengok sajalah. Go with the flow,” katanya.
Menurut Vida lagi, dia turut terkejut apabila Cik B seolah-olah memberi restu terhadap Fazley sedangkan sebelum ini menolak mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya.
“Saya tak tahu, tapi Cik B kata dia sudah bagi lampu hijau. Saya pun hairan juga dengan Cik B ini. Sebelum ini semua dia tolak. Sebab itu saya takut juga kalau Cik B ini mulut masin,” katanya.
Sementara itu, Vida turut menjelaskan Fazley ke rumahnya bagi urusan perniagaan dimana cef selebriti itu dilantik sebagai cef eksekutif di kedai kopi miliknya di Brunei.
“Saya lantik dia sebagai cef eksekutif untuk kedai kopi yang saya buka di Brunei. Sudah hampir dua bulan dia menghasilkan resipi burger, pizza, biskut dan pelbagai menu lain.
“Pengurus saya yang menguruskan perkara itu. Jadi, sebab itulah dia datang ke rumah untuk menguji menu yang sudah disediakan dan membuat penambahbaikan sebelum diperkenalkan di outlet kedua kami di Brunei selepas Ipoh,” katanya.
Sumber: BH Online





