“Saya, Ozlynn Nak Bagi Anak-Anak Rasa Susah Supaya Hargai Bila Dah Senang” 

“Saya, Ozlynn Nak Bagi Anak-Anak Rasa Susah Supaya Hargai Bila Dah Senang” 

“Saya, Ozlynn Nak Bagi Anak-Anak Rasa Susah Supaya Hargai Bila Dah Senang” 


Pelawak dan penyampai radio, Johan berkata dia dan isterinya, Ozlynn sudah membuat perancangan awal untuk masa depan anak-anak mereka terutama dalam soal pendidikan.

Memetik mStar Online, Johan berkata tiada ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka susah namun dia dan Ozlynn mahu anak merasai kesusahan agar menghargai kesenangan yang diperoleh.

BACA: Tak Suka Berkongsi, Johan Hantar Sodiq Ke Rumah Anak Yatim Untuk Beri Kesedaran

“Pendidikan anak-anak tanggungjawab ibu bapa, tapi untuk lifestyle mereka belum tentu kita akan tanggung.

“Ibu bapa mana nak bagi anak mereka susah? Tiada. 

“Tapi saya dan Ozlynn nak bagi anak-anak rasa susah supaya mereka hargai bila dah senang. 

“Saya dah bekalkan pendidikan, agama. Selagi kami celik mata, harta tak ada untuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Ozlynn berkata semakin berusia pendekatan mereka dalam membesarkan anak-anak juga kini berubah dengan komunikasi lebih terbuka.

“Bila dah makin berusia ini kami rasa nak hidup dengan tenang, anak pun makin besar, tiada lagi jerit atau rotan untuk mengajar.

“Sekarang lebih kepada mendidik dan bercakap… pijak ke terajang dah tak sesuai. Kita ajar mereka berfikir sebelum lakukan sesuatu,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top