“Tuan Badan Ingatlah Allah?” – Anak Dakwa Aman Graseka Sakit Teruk Tapi Dipaksa Bekerja?

“Tuan Badan Ingatlah Allah?” – Anak Dakwa Aman Graseka Sakit Teruk Tapi Dipaksa Bekerja?


Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa dia sudah bertahun tidak bertemu dengan bapanya, aktor Aman Graseka.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dayini berkata meskipun tidak bertemu dengan bapanya namun ada individu yang menyampaikan maklumat kepadanya.

BACA: Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan

Screenshot

“Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya,” katanya.

Bagaimanapun, Dayini mendakwa keadaan bapanya kini semakin teruk namun dipaksa untuk bekerja.  Namun, Dayini tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai ‘tuan badan’ yag dimaksudkannya itu.

Sementara itu, Dayini turut meluahkan rasa marah serta meminta agar tidak ‘mengerah’ bapanya untuk bekerja serta tidak peduli akan kesihatannya.

“Tak habis lagi betina ini, aku cakap jangan kerah bapak aku bekerja. Kau ini dari dulu bodoh, tak pernah bijak. Bila masa aku cakap kau dera bapak aku?

“Kau jangan nak bagi aku mula. Kau membuka pekong sendiri dengan buat live. Kau bagi tahu orang. Bukan aku bongok.

“Makin tua makin benak ya. Aku tak suka cari publisiti. Jadi kau pun jangan nak tumpang sekaki. Tak semua orang dalam live kau itu pertahankan kau. Semua nak tengok kebodohan kau je,” tulisnya

Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997 dan dikuniakan seorang cahaya mata, Nur Dayini. Aman kemudian berkahwin dengan Nurul Amrina pada 2018 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki.






Source link

OR

Scroll to Top