TFC kekal 50 peratus muka lama hadapi musim 2026/27

TFC kekal 50 peratus muka lama hadapi musim 2026/27

TFC kekal 50 peratus muka lama hadapi musim 2026/27


Kuala Nerus: Terengganu FC (TFC) dijangka mengekalkan 50 peratus pemain lama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2026/2027 yang akan membuka tirai pada Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, sebahagian besar pemain terdiri daripada tonggak tempatan yang masih mempunyai baki kontrak dengan skuad Penyu.

Beliau berkata, antara pemain utama termasuk Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Ubaidillah Shamsul Fazili, Gervane Kastaneer, Eshon Panjshanbe dan Shervoni Mabatshoev.

“50 peratus pemain lagi sudah tamat kontrak dengan TFC. Ada beberapa pemain termasuk tonggak import Raianderson da Costa atau Careca sedang berunding untuk kami terus mendapatkan khidmatnya.

“Kami maklum ada desas-desus yang mengatakan Careca bakal berhijrah ke Indonesia, tetapi kami akan berusaha mendapatkan khidmat pemain yang menjadi watak penting pasukan musim lepas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Syahrizan berkata, TFC yang memutuskan untuk beraksi di Liga Super musim depan sedang mengintai beberapa pemain import untuk mengisi kekosongan di posisi serangan, namun semuanya bergantung kepada keadaan kewangan pasukan.

Beliau berkata untuk musim baharu, skuad Penyu akan melakukan proses penstrukturan semula melibatkan aspek pengurusan, kewangan, teknikal serta operasi bagi membina sebuah pasukan yang lebih stabil, mampan dan kompetitif bagi jangka masa panjang.

TFC yang berpangkalan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berjaya mencapai sasaran menamatkan cabaran musim 2025/2026 di tempat kelima Liga Super selepas mengutip 35 mata daripada 24 perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top