JustMarkets manfaat minat pelabur runcit Malaysia yang semakin meningkat terhadap dagangan dalam talian

JustMarkets manfaat minat pelabur runcit Malaysia yang semakin meningkat terhadap dagangan dalam talian

JustMarkets manfaat minat pelabur runcit Malaysia yang semakin meningkat terhadap dagangan dalam talian


Kuala Lumpur: Gelombang baharu pelabur runcit di Malaysia kini semakin beralih kepada dagangan dalam talian sebagai saluran pelaburan alternatif, didorong oleh keperluan mencari sumber pendapatan tambahan dalam persekitaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pelabur juga tidak lagi melihat pelaburan sebagai aktiviti yang tertumpu kepada satu pasaran sahaja, sebaliknya platform digital berasaskan mudah alih kini membuka akses lebih luas kepada saham luar negara, mengurangkan halangan kemasukan serta menyediakan lebih banyak alat untuk membina portfolio pelaburan.

Perubahan ini dapat dilihat menerusi tingkah laku pelabur yang semakin cenderung menggabungkan pelaburan di Bursa Malaysia dengan pendedahan kepada pasaran antarabangsa seperti Amerika Syarikat (AS) dan bursa global lain.

Trend industri pada tahun ini menunjukkan pelabur runcit semakin menjauhi pendekatan menumpukan pelaburan kepada satu pasaran atau kelas aset semata-mata.

Sebaliknya, mereka kini mencari pendedahan yang lebih pelbagai merangkumi ekuiti, komoditi dan pertukaran asing (forex), melangkaui pelaburan domestik.

Platform dagangan seperti JustMarkets, yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan aktif di lebih 160 negara, turut menyaksikan peningkatan aktiviti dagangan apabila pelabur runcit mendapat akses kepada pasaran yang sebelum ini lebih didominasi oleh pelabur institusi.

Seiring perkembangan itu, syarikat berkenaan melancarkan pertandingan dagangan yang menawarkan ganjaran wang tunai dan jongkong emas fizikal sempena ulang tahun ke-14 operasinya.

Selain itu, broker berkenaan turut memperkenalkan ‘Great Anniversary Contest’ kempen selama sembilan minggu dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai AS$50,000.

Pertandingan itu disasarkan kepada pedagang baharu dan berpengalaman menerusi cabutan hadiah mingguan, penarafan berasaskan prestasi serta insentif tunai.

Bagi menarik minat pelabur ketika permintaan terhadap aset selamat (safe-haven assets) semakin meningkat, 15 pedagang paling aktif akan menerima jongkong emas fizikal seberat antara lima gram hingga 20 gram bergantung kepada kedudukan mereka dalam senarai teratas.

JustMarkets berkata, pertandingan terbabit direka untuk memberi ganjaran kepada pedagang daripada pelbagai tahap pengalaman dan tahap aktiviti menerusi tiga mekanisme ganjaran berbeza sepanjang tempoh sembilan minggu kempen berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top