Infantino puji Trump tinggi melambung

Infantino puji Trump tinggi melambung


Mexico City: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengakui penganjuran Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS) tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa pembabitan Presiden AS, Donald Trump.

Infantino yang mempunyai hubungan rapat dengan Trump berkata, sokongan diberikan pemimpin negara itu memainkan peranan besar dalam memastikan kejohanan terbesar bola sepak dunia berkenaan dapat dianjurkan dengan lancar.

“Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Presiden Trump dan saya gembira mengenainya. Saya mula mengenalinya ketika penggal pertamanya dan kini kami bekerjasama rapat dalam penggal kedua beliau,” katanya pada sidang media di Mexico City menjelang sepak mula Piala Dunia 2026.

Menurut Infantino, tanpa komitmen serta penglibatan Trump, adalah mustahil untuk menganjurkan Piala Dunia di AS.

“Tanpa komitmen dan penglibatannya, saya fikir adalah mustahil untuk menganjurkan Piala Dunia di Amerika Syarikat,” katanya.

Infantino berkata, Trump segera memahami kepentingan serta impak besar yang mampu dibawa oleh Piala Dunia kepada negara itu sebaik sahaja perancangan kejohanan dibentangkan kepadanya.

“Beliau terus memahami betapa besarnya Piala Dunia dan mengarahkan pentadbiran beliau untuk membantu serta memberi sokongan,” katanya.

Hubungan erat antara Infantino dan Trump menjadi perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk apabila presiden FIFA itu menganugerahkan Trump dengan Anugerah Keamanan FIFA yang diperkenalkan badan induk bola sepak dunia berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Infantino turut mengulas isu membabitkan pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan yang dinafikan kemasukan ke AS walaupun dijadual mengadili aksi Piala Dunia.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang malang, namun menegaskan FIFA tidak mempunyai kuasa untuk mengawal semua perkara berkaitan dasar imigresen negara tuan rumah.

“Apa yang berlaku kepada pengadil dari Somalia itu memang malang, tetapi kami tidak dapat mengawal segala-galanya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top