Khayal ‘Piu Piu’ sampai naik bulan! PDRM tegas, vape wajar diharamkan segera

Khayal ‘Piu Piu’ sampai naik bulan! PDRM tegas, vape wajar diharamkan segera


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa peranti rokok elektronik atau vape wajar diharamkan sepenuhnya susulan kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai ‘Piu Piu’ yang dipercayai semakin membimbangkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan vape kini disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai medium untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

”Isu utama pada masa ini bukanlah sama ada vape itu merupakan satu peluang perniagaan untuk golongan tertentu atau tidak, tetapi disalahgunakan secara berbahaya dengan dicampurkan dadah baharu atau bahan kimia psikoaktif.
”Ia (vape) juga sudah menjadi satu kebanggaan kepada remaja, jadi kita perlu sekat gejala ini dari awal.
“Banyak negara luar telah mengharamkannya, oleh itu Malaysia juga perlu mempunyai kehendak politik untuk membanterasnya,” katanya, hari ini.

Menurut beliau, keputusan untuk mengharamkan penggunaan vape melibatkan bidang kuasa kementerian dan agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempergiat pemantauan serta operasi berskala besar secara berterusan termasuk ke atas premis-premis jualan vape bagi mengekang penularan dadah baharu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus melaksanakan pemantauan dan operasi berskala besar secara berterusan termasuk ke atas premis jualan vape bagi menyekat penularan dadah baharu,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayob Khan menegaskan PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pegawainya yang didapati bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.

“Sebelum ini, tidak dinafikan kita juga pernah menahan pegawai kanan polis yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah negeri di Pantai Timur kerana terlibat dadah. Tindakan sudah pun diambil,” ujarnya.

Artikel lain: Dr Dzulkefly umum kerajaan akan haramkan sepenuhnya penjualan vape

Sebelum ini, media melaporkan JSJN menahan enam lelaki termasuk pembekal vape yang disyaki mengandungi dadah susulan penularan beberapa video di media sosial yang memaparkan individu berada dalam keadaan khayal secara keterlaluan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan turut dilaporkan berkata pihaknya memandang serius penyalahgunaan vape yang dikhuatiri menjadi medium normalisasi budaya penyalahgunaan bahan terlarang serta gaya hidup tidak sihat.

Sumber: The Star 





Source link

OR

Scroll to Top