Mahkamah tangguh lagi prosiding keputusan saman persatuan kriket terhadap Mohammed Iqbal

Mahkamah tangguh lagi prosiding keputusan saman persatuan kriket terhadap Mohammed Iqbal

Mahkamah tangguh lagi prosiding keputusan saman persatuan kriket terhadap Mohammed Iqbal


Perbicaraan kes saman MCA terhadap Mohammed Iqbal yang bermula Oktober 2025 ditangguh lagi.

PROSIDING mahkamah bagi menentukan keputusan kes saman dikemukakan pemimpin Persatuan Kriket Malaysia (MCA) terhadap beberapa bekas pemimpin badan induk itu ditangguhkan sekali lagi.

Keputusan kes saman dikemukakan pemimpin MCA terhadap bekas presiden, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali dan barisan exconya sebelum ini pada awalnya dijadualkan akan berlangsung 29 Jun ini di Mahkamah Tinggi.

Ia selepas mahkamah menangguhkan prosiding yang sepatutnya berlangsung pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, sekali lagi penangguhan dibuat apabila hakim dijadualkan akan bersidang bagi membuat keputusan berhubung pertikaian itu pada 17 Julai depan.

Kes berkenaan dikendalikan hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Prosiding yang bermula pada Oktober 2025 itu terus berlanjutan sehingga kini dalam usaha MCA memastikan Mohammed Iqbal dan barisan kepimpinannya tidak lagi menggunakan jawatan exco selepas peletakan jawatan mereka sebelum ini.

Januari lalu pasukan guaman mewakili Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, memfailkan permohonan agar saman sivil yang difailkan terhadap beliau dan barisan exconya dibatalkan.

Peguam Iqbal, Datuk Seri Rajan Navaratnam berkata plaintif bertindak terlalu awal dengan memfailkan saman tersebut.

Selain Iqbal, turut didakwa terlibat ialah Dr Arun Kumar, dan Amarjeet Singh.

Mohammed Iqbal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden MCA pada 13 April tahun lalu, namun bertindak menarik semula keputusan berkenaan dan memutuskan untuk meneruskan tugas sehingga tamat penggal semasa.

Sementara itu, sumber memaklumkan penangguhan prosiding mahkamah bagi membuat keputusan berhubung pertikaian ini sedikit mengecewakan MCA.

Bagaimanapun MCA mengormati dan akur dengan keputusan mahkamah untuk menangguhkan prosiding berkenaan dan berharap satu keputusan yang baik dapat dicapai.

“Sudah pasti timbul sedikit kekecewaan, namun kita menghormati keputusan mahkamah.

“Kita amat berharap agar kes ini dapat diputuskan seperti mana ditetapkan mahkamah supaya pertikaian ini dapat disahkan dengan satu keputusan yang membolehkan persatuan bergerak tanpa ada gangguan.

“Jika tidak, selagi mana tiada keputusan mahkamah, selagi itu MCA akan diganggu segelintir kepimpinan lama yang enggan menerima hakikat,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top