Tak ganggu parti lain! “Bukan PAS cari orang, tapi orang yang cari PAS” – Takiyuddin

Tak ganggu parti lain! “Bukan PAS cari orang, tapi orang yang cari PAS” – Takiyuddin


Tohmahan kononnya PAS sering mengganggu parti lain disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya mitos politik yang tidak relevan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, berdasarkan sejarah politik negara, PAS sebenarnya lebih kerap menjadi parti yang dipelawa untuk bekerjasama oleh parti lain, bukannya pihak yang memulakan usaha tersebut.

“Kalau kita lihat sejarah penglibatan PAS dalam politik, pada akhir tahun 70-an, Pas telah dipelawa oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein untuk bersama kerana keadaan perpaduan negara terancam.
“Bukan PAS yang minta, tapi dijemput…walaupun akhirnya kita ditendang keluar,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Seremban, baru-baru ini.

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, situasi sama berulang apabila UMNO beberapa kali didakwa mempelawa PAS untuk bekerjasama ketika parti itu berdepan perpecahan dalaman.

Takiyuddin berkata, PAS juga menjadi tumpuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas penubuhan parti itu susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada UMNO oleh Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2015.

“Bukan PAS cari orang, tapi orang yang mencari PAS. Sehinggalah sekarang, berlaku perpecahan di dalam parti rakan kita Bersatu, apabila Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat walaupun beliau seorang Ahli Parlimen.
“Pecat bukan sikit-sikit…sekali pecat, 17 orang. Itu kita tak ganggu tugas mereka, tapi kita perlu jangka apa yang berlaku itu akan berlaku sekali lagi kepada parti mereka,” ujarnya.
Tak ganggu parti lain! “Bukan PAS cari orang, tapi orang yang cari PAS” – Takiyuddin

Foto arkib: Sinar Harian

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, PAS sentiasa terbuka untuk menerima kumpulan RESET yang diterajui Hamzah sekiranya ada kesediaan untuk bekerjasama.

Jelasnya, pendekatan itu selari dengan prinsip PAS yang mengutamakan penyatuan ummah tanpa mengira latar belakang kaum.

“Sekarang ini RESET mempunyai 19 orang ahli Parlimen. Tidak akan kita nak biarkan mereka? Mereka buat Konvensyen di Tanah Merah, Kelantan menjemput Presiden.
“Maka keterbukaan hati PAS untuk menerima mereka ini. Itulah PAS, bukannya kita ganggu rumah tangga orang…tidak ada, walaupun akhirnya kita dipisahkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)





Source link

OR

Scroll to Top