Messi meledak hatrik pertamanya di Piala Dunia 2026. – Foto Agensi
LIONEL Messi terus mencipta sejarah di pentas Piala Dunia apabila meledak hatrik ketika membantu Argentina menewaskan Algeria dalam aksi pembukaan Kumpulan J Piala Dunia 2026.
Bintang berusia 38 tahun itu membuka jaringan awal permainan sebelum menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hatrik, sekali gus terus menghampiri rekod jaringan sepanjang zaman kejohanan milik bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose.
Klose ketika ini memegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol keseluruhan.
Argentina menguasai hampir keseluruhan permainan dengan aksi lebih tersusun, manakala Algeria cuba memberi tentangan namun gagal menandingi ketajaman lawan.
Messi terus menjadi nadi utama serangan Argentina dengan beberapa gerakan berbahaya yang sentiasa menguji benteng pertahanan lawan sepanjang perlawanan.
Kemenangan itu membolehkan juara bertahan berkenaan memulakan kempen dengan langkah kanan, selain Messi sekali lagi membuktikan pengaruh besarnya di pentas tertinggi bola sepak dunia.






