Lewis seorang periang, bercita-cita tinggi

Lewis seorang periang, bercita-cita tinggi


London: Pempengaruh Britain, Lewis Stevenson yang maut di jambatan tertinggi Sepanyol, Ahad lalu seorang yang periang dan bercita-cita tinggi.

Jurugambar berusia 26 tahun dari Derby sedang mendaki Castilla La Mancha setinggi 192 meter yang terletak di Talavera de la Reina apabila dia terjatuh dari jambatan itu.

Ibunya, Keilia berkata, anak lelakinya berusia 26 tahun itu anaknya itu mempunyai minat mendalam dalam bidang fotografi.

“Lewis adalah anak lelaki, dunia saya dan pencapaian terbesar saya.

“Dia periang dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Dia suka berseronok dan mengembara selain mencari pengalaman baharu,” katanya kepada Derbyshire Live.

Sebagai keluarga, mereka sentiasa menyokong minat Lewis.

“Dia seorang jurugambar yang minat teroka dan dia melakukan ini semua untuk semangat bukan sebagai mencari pengaruh atau peminat.

“Pemergiannya meninggalkan kesan mendalam dan kehidupan kita tidak sama lagi.

“Hati kami hancur dengan kemalangan tragis ini dan memohon orang ramai untuk menghormati privasi kami semasa menghadapi keadaan ini,” katanya.

Datuk Lewis, Clifford Stevenson, 70, berkata, cucunya seorang yang berpendirian teguh.

“Kami sentiasa cuba melarangnya melakukan sesuatu tetapi itulah cara dia.

“Dia suka melakukannya, sentiasa pergi ke sana dengan mempercayai dia boleh melakukan apa yang boleh buat dia gembira.

“Dia tidak dapat apa-apa manfaat keuntungan tetapi jiwa dia lebih kepada seorang pengembara,” katanya.

Lewis mengumpul pengikut di media sosial dengan aksi beraninya.

Halaman Instagram miliknya penuh dengan pose di atas bangunan tinggi dan struktur besar di seluruh dunia termasuk di New York City.

Dalam pada itu, ramai pengikutnya meluahkan kesedihan atas pemergian pemuda itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top