MPV bertembung kereta, 2 beradik maut

MPV bertembung kereta, 2 beradik maut


am@hmetro.com.my

Maran: Dua beradik maut dan seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) bertembung dengan kereta di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian pada 7.25 malam itu adalah pemandu MPV, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya, Dinie Nasuha Noor, 19, dari Gau, Temerloh.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka ke Temerloh memasuki lorong kanan ketika memotong sebuah motosikal.

“Berikutan itu, MPV berkenaan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan dua beradik terbabit maut di tempat kejadian dan pemandu kereta terbabit dilaporkan parah.

Katanya, mayat dua beradik itu kemudiannya dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat.

“Pemandu kereta pula dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top