Usahawan Khairul Aming tampil menjelaskan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di restoran miliknya tang mengambil kira bayi sebagai jumlah pelanggan atau pax.
Menerusi perkongsian di Instagram, difahamkan penjelasan itu dibuat selepas tular hantaran seorang pelanggan yang mempersoalkan mengenai perkara itu.
BACA: Video Lama Digali Netizen, Khairul Aming Tak Tahu Mana Nak Menyorok
Menurut Khairul Aming SOP yang diwujudkan itu adalah demi menjaga keselamatan bayi dan kanak-kanak serta bukan untuk mengaut keuntungan.
“SOP ini saya wujudkan sebab nak protect keselamatan bayi dan kanak-kanak. Saya tak untung buat SOP ni, malah makin rugi sebab babies tak makan pun nasi.
“Tapi saya buat ni sebab nak protect keselamatan mereka. Bila ada seribu orang sehari, macam-macam benda boleh terjadi kat restoran,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan, Khairul Aming berkongsi rakaman CCTV memaparkan keadaan sebenar ruang restoran serta risiko pergerakan di premis berkenaan.
Jelasnya lagi, jika bayi dimasukkan dalam jumlah pelanggan, pihak restoran akan menguruskan susun atur meja dan akan menjadi lebih baik.





