Terbuka Denmark: Kian Meng-Pei Jing tersingkir di pusingan kedua

Terbuka Denmark: Kian Meng-Pei Jing tersingkir di pusingan kedua


KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional Malaysia Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan kempen Terbuka Denmark 2024 selepas disingkirkan pada pusingan kedua oleh beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun di Odense, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing memenangi set pertama 21-16 namun gagal meneruskan momentum dan tewas 18-21, 16-21 pada pilihan ketiga itu di kejohanan Super 750 tersebut yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

Keputusan hari ini menyaksikan Won Ho-Na Eun berjaya menjadikan rekod pertemuan mereka 3-3 sejak pertembungan sulung pada Kejohanan Badminton Asia 2022 di Filipina.

Gandingan Korea Selatan itu akan berdepan pilihan kelapan Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dalam suku akhir esok selepas pasangan Taiwan itu mengetepikan beregu tuan rumah Mathias Thyrri-Mai Surrrow, 21-12, 21-18. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top