Apa nasib Guan Eng hari ini?

Apa nasib Guan Eng hari ini?

Apa nasib Guan Eng hari ini?


am@hmetro.com.my

Putrajaya: Penasihat DAP, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon tiba di Istana Kehakiman di sini hari ini menjelang keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan berkaitan kes rasuah berjumlah RM11.6 juta.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu tiba bersama isterinya pada jam 8.50 pagi diiringi barisan peguam mereka yang diketuai oleh RSN Rayer.

Phang yang ditemani peguamnya Datuk V. Sithambaram, turut dilihat hadir ke kompleks mahkamah berkenaan sebelum prosiding bermula.

Mahkamah Rayuan dijadualkan menyampaikan keputusan berhubung permohonan ketiga-tiga individu terbabit untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek asrama pekerja asing di Pulau Pinang yang didakwa bernilai RM11.6 juta.

Intipati utama rayuan berkenaan bersandarkan hujahan pihak pembelaan bahawa pertuduhan berkenaan adalah satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah.

Mereka juga berhujah bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan prosiding terdahulu membabitkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn oleh Lim yang mana beliau dilepaskan dan dibebaskan pada 2018.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempertahankan bahawa pertuduhan semasa adalah berbeza kerana ia berpunca daripada siasatan baharu yang dijalankan selepas kes terdahulu selesai sepenuhnya.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan berkaitan projek berkenaan.

Phang pula didakwa bersubahat dalam kesalahan berkenaan manakala Chew berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM372,009 yang didakwa diterima daripada Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd antara tahun 2013 hingga 2016.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top