Usahawan dan juga bekas suami Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya pada Julai depan.
Memetik Oh Bulan, Datuk Red berkata dia kini di fasa bahagia dan majlis pernikahan mereka akan di adakah di ibu kota secara sederhana.
BACA: Adira Tak Terkejut Datuk Red Bakal Kahwin Lagi
“Alhamdulillah akan berlangsung pada bulan Julai depan di Kuala Lumpur. Insya-Allah di fasa bahagia, bukan majlis besar-besaran.
“Saya kalau boleh tak mahu kongsi banyak sebab nanti orang cakap macam-macam seperti tuduh saya tidak ‘move on’,” katanya.
Tambah Datuk Red lagi, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
“Hanya diadakan secara kecil-kecilan makan bersama keluarga seperti majlis kesyukuran saja,” katanya.
Sumber: Oh Bulan





