Pelakon Wafariena Roslan berkata dia menerima tawaran daripada produksi filem Cina tempatan selepas videonya bercakap dalam bahasa Mandarin dalam satu podcast menjadi perhatian.
Memetik mStar Online, Wafariena berkata ramai yang terkejut apabila mendapat tahu dia basih berbahasa Mandarin apatah lagi dia tidak pernah berkongsikan kepada umum.
BACA: “Rasa Seperti Dihempap Batu Ke Muka Bila Wafariena Hentam Saya” – Iqbal Zulkefli
“Saya tak pernah berkongsi kepada semua yang boleh bertutur dalam bahasa lain tapi syukur sebab sekarang ramai bertanya mengenai perkara itu.
“Malah saya juga telah dilamar oleh produksi filem Cina di Malaysia untuk berlakon dalam filem mereka dan harapnya dapatlah watak itu ya jadi semua doakan saya,” katanya.
Sementara itu, Wafa berkata dia mempunyai impian untuk berlakon di Hong Kong dan Taiwan.
“Saya memang ada impian untuk berlakon di Hong Kong dan Taiwan harap semua doakan ya,” katanya.
Sumber: mStar Online






