“Saya Di Fasa Tenang” – Eda Ezrin Syukur Rezeki Masih Tidak Putus

“Saya Di Fasa Tenang” – Eda Ezrin Syukur Rezeki Masih Tidak Putus

“Saya Di Fasa Tenang” – Eda Ezrin Syukur Rezeki Masih Tidak Putus


Penyanyi Eda Ezrin berkata kehidupannya kini di fasa lebih tenang dan mahu memberi tumpuan pada keluarga serta kerjayanya.

Memetik BH Online, Eda berkata dia enggan melayan komen netizen yang masih mengungkit kisah silamnya dengan mengaitkannya kes penyalahgunaan dadah sebelum ini.  

BACA:

“Alhamdulillah, sekarang saya berada dalam fasa yang lebih tenang. Buat masa ini, saya tidak endahkan apa sahaja komen orang. Saya buat tidak tahu sahaja.

“Saya cuma mahu fokus kepada keluarga dan kerjaya. Malah, saya memang tidak membaca komen netizen,” katanya.

Sementara itu, Eda bersyukur masih diberikan rezeki dalam kerjaya nyanyian dan kini turut membuat ulasan makanan serta produk di media sosial.

“Saya juga aktif membuat ulasan produk dan makanan. Bukan hanya tertumpu kepada nyanyian sahaja. Alhamdulillah, rezeki saya masih tidak putus,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top