Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur emosinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata keempatnya.
Menjawab pertanyaan daripada netizen di Instagram, individu tersebut bertanyakan mengenai emosi Misya apatah lagi selepas hangat diperkatakan mengenai rumah tangga suaminya.
BACA: “Menang Tanpa Bertanding” – Netizen Hujani Ruangan Komen Misya Mazlan

“Alhamdulillah okay saja, sebab akaun Threads saya kena locked,” tulisnya.
Sementara itu, Misya turut menjawab pertanyaan netizen sama ada mahu menambah cahaya mata lagi selepas ini, dimana dia mahu berehat seketika selepas menimang anak keempat.

“Mengikut pada kemampuan dan rezeki yang Allah tentukan. Tapi saya cuti dulu la lepas baby N ni. Tapi Aslam kata 15 orang target,” selorohnya.
Untuk rekod, Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada tahun 2020. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata.
Nama Aslam menjadi perhatian selepas berkahwin dengan Marissa Dania pada Disember 2023 di Songkhla, Thailand namun sah bercerai pada 23 Jun lalu.






