Bukan idea baru! Zahid sifatkan Manifesto PH sudah banyak dilaksana Kerajaan Johor

Bukan idea baru! Zahid sifatkan Manifesto PH sudah banyak dilaksana Kerajaan Johor


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kebanyakan cadangan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebahagian besar sudah dikemukakan

Memetik laporan daripada Astro Awani, Presiden UMNO itu menyatakan beliau telah meneliti manifesto berkenaan dan mendapati sebahagian besar tawaran yang dikemukakan sudah pun menjadi antara inisiatif kerajaan Johor sebelum ini.

“Saya telah meneliti dan mendapati sebahagian daripada manifesto itu telah dilakukan oleh kerajaan Johor di dalam pentadbiran yang lalu.
“Artinya kita menghormati apa yang mereka cadangkan tetapi Alhamdulillah ianya telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor yang lalu,” katanya.

Semua parti politik berhak kemukakan manifesto

Menurut Ahmad Zahid, setiap parti politik mempunyai hak untuk mengemukakan manifesto masing-masing kepada pengundi.

Namun, beliau berpendapat manifesto PH tidak menawarkan sesuatu yang benar-benar baharu atau mampu menjadi pemangkin perubahan besar kepada pembangunan Johor.

“Dan tidak ada sesuatu yang baharu yang boleh menjadi satu game changer mereka,” katanya lagi.

Mengulas perbandingan prestasi Johor dengan Selangor yang dibangkitkan sepanjang kempen PRN, beliau berkata kedua-dua negeri mempunyai latar belakang ekonomi serta kekuatan yang berbeza dan tidak wajar dibandingkan secara langsung.

“Tidak perlu melakukan perbandingan seperti itu kerana kita tidak boleh berbandingkan apple dengan apple.
“Johor terlalu ke hadapan bukan sahaja daripada FDI dan DDI tetapi juga daripada revenue yang diperolehi,” katanya.

Beliau pada masa sama menyifatkan persaingan antara parti politik sebagai sesuatu yang positif selagi ia berlangsung secara sihat dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)





Source link

OR

Scroll to Top