Maghribi 'ajar' Kanada, bergaya ke suku akhir

Maghribi 'ajar' Kanada, bergaya ke suku akhir


Houston: Azzedine Ounahi meledak dua gol ketika Maghribi menewaskan Kanada 3-0 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia, sebentar tadi, sekali gus menamatkan perjalanan cemerlang tuan rumah bersama dan membawa skuad Afrika itu ke suku akhir buat dua edisi berturut-turut.

Maghribi membuka jaringan pada minit ke-50 menerusi gerakan sepakan percuma yang dirancang rapi apabila Achraf Hakimi melakukan hantaran rendah dari sebelah kanan kepada Ounahi, sebelum pemain tengah itu merembat masuk ke penjuru bawah gawang dari jarak kira-kira 25 ela.

Ounahi menggandakan kelebihan pada minit ke-82 selepas serangan balas pantas menyaksikan Brahim Diaz melorongkan bola kepadanya sebelum dia melepaskan rembatan padu ke penjuru atas gawang.

Maghribi melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan menerusi satu lagi serangan balas pantas yang disudahkan pemain gantian, Soufiane Rahimi.

Bagaimanapun, kemenangan itu sedikit tercalar apabila penyerang utama Maghribi, Ismael Saibari, yang sudah menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan, terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan hamstring.

Maghribi akan menentang pemenang perlawanan pusingan 16 terbaik antara Perancis dan Paraguay pada aksi suku akhir yang dijadual berlangsung pada 10 Julai nanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top