Kamal Adli dipuji ‘green flag’, titip ucapan hari lahir buat bekas isteri – “Satu dalam sejuta”

Kamal Adli dipuji ‘green flag’, titip ucapan hari lahir buat bekas isteri  – “Satu dalam sejuta”


Pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, pelakon Uqasha Senrose, menerusi satu hantaran di media sosial.

Titip ucapan buat bekas isteri

Menerusi perkongsian di Threads, ucapan itu bukan sahaja menerima pelbagai reaksi positif, malah ramai netizen memuji sikap matang Kamal yang disifatkan sebagai contoh terbaik menjaga perhubungan selepas bercerai, khususnya demi anak mereka, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian tersebut, Kamal mendoakan agar Uqasha sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki yang luas serta kebahagiaan dalam kehidupan.

“Happy birthday untuk cik Uqasha Senrose merangka ibu Hawra Uqaira.
“Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dikayakan rezeki, diberi kebahagiaan selalu oleh Allah. Semoga menjadi ibu terbaik. Rakyat tolong aminkan dah wish lah sekali kalau sudi,” ciapannya, hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya melabelkan pelakon itu sebagai seorang lelaki ‘green flag’ kerana terus menghormati ibu kepada anaknya serta mengamalkan konsep co-parenting yang baik demi kebajikan Hawra Uqaira.

Rata-rata netizen berpendapat sikap saling menghormati antara bekas pasangan merupakan contoh positif yang wajar dicontohi, terutama apabila melibatkan anak-anak.

Satu dalam sejuta Kamal ni

Tetap berbuat baik

Sentiasa hargai ex wife

Artikel lain: Kamal Adli titip ucapan ulang tahun penuh emosi buat Hawra – “Maaf, tahun ni lain sikit dari tahun lepas”

Untuk rekod, Kamal sah bercerai talak satu dengan isterinya, Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Januari 2026. Perceraian tersebut dilafazkan oleh Kamal sendiri di hadapan Hakim Syarie setelah Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober 2025.

Sumber: Threads kamaladli





Source link

OR

Scroll to Top