“Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni” 

“Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni” 


Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa dengan seorang individu didakwa merupakan anak saudara kepada bekas suaminya iaitu Norman Hakim.

Difahamkan, individu tersebut meninggalkan komen di laman Threads berkenaan beg kuning dan oren yang dikaitkan dengan Abby. 

BACA: “Tak Berminat Block Je, Cakap Tak Suka Tapi Follow Kita..” 

Komen ditulis oleh individu menggunakan akaun @nanasyahqilla_ mendapat perhatian Abby yang berang dengan dakwaan daripada anak saudara Norman itu.

Dakwa Abby lagi, ketika dia menyara ketiga-tiga anak selepas bercerai tiada saurada Norman datang bertanya khabar mahupun memberi wang.

Sementara itu, Abby turut menyifatkan individu itu bersikap kurang ajar serta meminta untuk berdepan dengannya untuk memperkatakan mengenai apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik satu hantaran di Instagram bagi menjelaskan mengenai kisah dia melahirkan anak di dalam kereta.

Abby berkata dia tidak pernah mendakwa dia bersalin seorang diri sebaliknya ketika itu Norman kebetulan balik pada hari dia sakit bersalin dan membawa kereta ke klinik.

Menurut Abby, ketika itu Norman memandu kereta dan dia berada di sebelah dan bayi tersebut keluar sendiri sebelum mereka sampai ke klinik.

“Kan tulis pak cik kau yang dah lama tak balik rumah masa tu, kebetulan balik hari sakit nak bersalin tu. Jadi bila sakit tu, dialah bawa kereta. Tapi aku duduk sebelah tu, sakit teran sendiri & baby tu keluar sendiri je. 

“Ada je gambar atas kerusi sebelah driver sampai klinik gitulah jugak kedudukannya. Cerita sambut dulu tu nak credit je masa dulu-dulu!” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top