Kansas City, Missouri: Pemain tengah England, Jordan Henderson kembali menyertai skuad kebangsaan di Kansas City selepas menjalani pembedahan akibat patah tangan yang dialaminya ketika meraikan kemenangan ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia, awal pagi Isnin lalu.
Pemain berusia 36 tahun itu dilaporkan terjatuh ketika memanjat penghadang di Stadium Azteca, Mexico City sebelum menjalani pembedahan di Kansas City.
“Pembedahan selesai! Kini bersedia untuk perlawanan besar Sabtu ini!” kata Henderson menerusi hantaran di Instagram, hari ini.
Kecederaan itu menyebabkan bekas kapten Liverpool berkenaan tidak dapat beraksi lagi dalam kejohanan berkenaan.
Namun dia kekal bersama skuad kendalian Thomas Tuchel untuk membantu dari segi memimpin pasukan pada kempen kali ini.
England akan menentang Norway pada aksi suku akhir di Miami, awal pagi Ahad ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd






