PRN Johor: 'I wish you best of luck' – PM Thailand doakan kejayaan Anwar

PRN Johor: 'I wish you best of luck' – PM Thailand doakan kejayaan Anwar


am@hmetro.com.my

Putrajaya: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mendoakan kejayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Ucapan itu disampaikan Anutin ketika mengakhiri sidang media bersama Perdana Menteri sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Malaysia.

“I wish you best of luck for the upcoming election in Johor (Saya mendoakan selamat maju jaya pada pilihan raya di Johor Sabtu ini),” katanya.

PRN Johor yang akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Barisan Nasional (BN) dan PH masing-masing bertanding di semua kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara itu, Anwar menyifatkan pertemuannya bersama Anutin berlangsung dalam suasana yang baik dana produktif.

“Sila datang lagi ke Malaysia kerana anda membuatkan kami begitu selesa, gembira dan tenang.

“Perkara seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara, ia berlaku kerana Thailand adalah negara yang sangat penting kepada Malaysia,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top