KDN bentang akta baharu tahanan rumah di Parlimen tahun depan

KDN bentang akta baharu tahanan rumah di Parlimen tahun depan


MACHANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan akta baharu tahanan rumah di Parlimen tahun hadapan selari dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani semalam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, pembentangan itu akan dilakukan sama ada sesi awal, pertengahan dan hujung tahun jika semua berjalan mengikut jadual.

Menurutnya, ia merupakan satu rang undang-undang baharu selari dengan keputusan dasar telah diberikan kepada kabinet.

“Seksyen 43 Akta Penjara 1995 sebelum ini membolehkan menteri untuk mengarah kepada penjara membuat aturan baharu. Ia telah digunakan pada tahun 2000 untuk perol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib.

“Tahanan di rumah kita tidak pinda bawah Akta Imigresen tetapi dengan mewujudkan rang undang-undang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmi Santuni Madani, Program Satu Pemimpin Satu Kampung Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) KDN di Kampung Bukit Tiu, di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Ketua Pengarah MCBA, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Saifuddin Nasution memberitahu, ketika Jabatan Penjara Malaysia dan KDN serta agensi terlibat sedang menggubal rang undang-undang itu.

Katannya, selepas semua itu selesai KDN akan membawa perkara tersebut kabinet untuk diluluskan kemudian bentang ke Parlimen.

“Kabinet telah memberikan kelulusan dasar, sekarang semua agensi terlibat, peguam negara sedang menggubal rang undang-undang tersebut kemudian dibentang balik kepada kabinet sebelum ke Parlimen,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Anwar berkata, pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian.

“Lokasi itu adalah rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat ditetapkan dan dipantau Pegawai Penjara,” katanya.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top