RCI TH: AGC ambil tindakan segera teliti laporan, sebarang keputusan dibuat berdasarkan undang-undang

RCI TH: AGC ambil tindakan segera teliti laporan, sebarang keputusan dibuat berdasarkan undang-undang


hafizithnin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengambil tindakan segera meneliti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

AGC berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk mengkelaskan semula laporan RCI itu dan mendedahkannya kepada umum.

Jelasnya, pihaknya memandang serius penemuan dalam laporan berkenaan berkaitan pengurusan, pelaburan dan dakwaan salah laku.

“Jabatan ini akan mengambil tindakan segera meneliti laporan berkenaan bagi memastikan segala aspek siasatan oleh badan-badan penguat kuasa dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan komprehensif agar pertimbangan sewajarnya dapat dibuat bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebarang keputusan pendakwaan, sekiranya perlu, akan dibuat berdasarkan undang-undang dan keterangan yang boleh diterima tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan menurunkan keyakinan terhadap kewibawaan serta kelangsungan Lembaga Tabung Haji dalam melaksanakan peranannya menurut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top