Jom Heboh platform promosi produk usahawan PERKEP

Jom Heboh platform promosi produk usahawan PERKEP

Jom Heboh platform promosi produk usahawan PERKEP


Kota Samarahan: Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai menjadi platform terbaik buat Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) memperkenalkan produk usahawan ahlinya kepada masyarakat, sekali gus membuka peluang lebih luas untuk mengembangkan pasaran.

Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Munirah Che Rose, berkata penyertaan sulung PERKEP dalam karnival itu memberi ruang kepada persatuan mengetengahkan pelbagai produk hasil tangan ahli yang terdiri daripada isteri pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, penyertaan itu bukan sekadar mempromosikan produk tempatan, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan PERKEP dalam memperkasa ekonomi keluarga warga PDRM.

“Karnival Jom Heboh ini memberi peluang keemasan kepada kami untuk memperkenalkan produk hasil tangan ahli PERKEP.

“Mereka terdiri daripada isteri pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan inilah platform terbaik untuk mempamerkan hasil usaha mereka kepada masyarakat.

“Kami juga diberi peluang menyertai siri Karnival Jom Heboh di seluruh Malaysia.

“Peluang ini akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk mempromosikan PERKEP serta memperkenalkan produk usahawan ahli kepada lebih ramai pengunjung,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di reruai PERKEP di tapak Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai di sini.

Beliau berkata, penyertaan dalam siri Karnival Jom Heboh di seluruh negara dijangka mampu memperluaskan capaian pasaran produk usahawan PERKEP, selain membuka lebih banyak peluang jaringan perniagaan.

Katanya, penyertaan berterusan dalam program seumpama itu juga dapat membantu meningkatkan nilai komersial produk keluaran ahli, di samping mengukuhkan imej PERKEP sebagai persatuan yang aktif memperkasa usahawan dalam kalangan keluarga warga PDRM.

Penyertaan julung kali PERKEP di Karnival Jom Heboh Kota Samarahan turut dilihat sebagai permulaan kepada kerjasama lebih erat dengan penganjur.

Ia sekali gus memastikan produk keluaran usahawan ahlinya terus mendapat pendedahan kepada masyarakat di pelbagai lokasi penganjuran pada masa depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top