Cik Man Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Cik Man Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Menerusi hantaran dibuat oleh pelawak Amir Raja Lawak, allahyarham menghembuskan nafas terakhir di usia 68 tahun pada jam 5.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.

Sebelum itu, Amir memaklumkan Allahyarham Cik Man ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat.

Dalam pada itu, anak kedua kepada pelakon itu iaitu Fakhrol Aliff memaklumkan bapanya mengadu sakit perut beberapa hari sebelum ditidurkan semalam.

“Dia ada mengadu sakit tapi gastrik, sakit perut dan sakit belakang. Macam angin begitulah. Jadi, bila nak ajak pergi hospital dia tak nak. Semalam, dia dah tak tahan sangat dah,” katanya kepada Astro Awani.

Fakrol turut memaklumkan bapanya akan dikebumikan pada esok sekitar 11 pagi.

Sumber: Astro Awani






Source link

OR

Scroll to Top