Ahli Parlimen Ampang dakwa disekat system MyKHAS, jejas peruntukan

Ahli Parlimen Ampang dakwa disekat system MyKHAS, jejas peruntukan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail mendakwa kawasannya disekat mengakses sistem MyKHAS sejak 29 Julai, sekali gus menjejaskan penyaluran peruntukan serta bantuan komuniti.

Beliau berkata, tindakan itu menjejaskan pengurusan peruntukan kawasan bagi membantu golongan rentan, termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik dan institusi tempatan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).

Apa yang mendukacitakan katanya, beliau masih anggota PKR dan blok penyokong kerajaan yang menyokong dasar kerajaan perpaduan, serta tidak pernah menentang parti sepanjang 28 tahun berkhidmat.

“Ini menampakkan pilih kasih apabila enam Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan menerima peruntukan, tetapi saya sendiri dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Tindakan Rodziah sebelum ini yang menghadiri majlis pengumuman hala tuju politik Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli mencetuskan kontroversi sehingga didesak meletak jawatan kerana didakwa tidak lagi mencerminkan kesetiaan kepada perjuangan serta kepimpinan parti.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, sehingga kini tiada sebarang penjelasan rasmi diterima berhubung penarikan peruntukan tersebut meskipun surat rasmi telah dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri.

“Apakah rasional atau alas an sebenar Parlimen Ampang dibekukan peruntukan Kawasan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan. Sekiranya kejanggalan ini berpunca daripada isu teknikal atau pentadbiran, maka saya berhak diberi pencerahan yang telus dan terbuka,” jelasnya.

Namun, beliau berkata, apa sahaja tekanan dilakukan tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat.

“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang akan terus dibuka, khidmat rakyat akan terus diperkasa. Saya akan terus mempertahankan prinsip reformasi, akauntabiliti, bertanggungjawab, dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.”jelasnya. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top