am@hmetro.com.my
Marang: Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih dalam proses perundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua pihak sudah mengadakan beberapa siri perundingan awal dan akan berterusan terutama mengadakan pertemuan untuk mencari formula kerjasama yang dipersetujui bersama.
Katanya, perbincangan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka turut mengambil kira tiada kerusi Parlimen dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka masih belum dibubarkan, tetapi rundingan terutamanya membabitkan perpaduan Melayu dan Islam masih diteruskan.
“PN dan BN sedang berusaha untuk menyatukan dan menyelamatkan orang Melayu,” katanya ketika ditemui di perkarangan kediamannya selepas selesai menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berhasrat parti itu akan mempertahankan 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, BN berhasrat untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 lalu.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kenyataan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO adalah pandangan peribadi dan rundingan masih diteruskan.
Katanya, rundingan dan perbincangan termasuk mengambil kira BN tidak memenangi kerusi Parlimen pada PRU lalu.
Ketika mengulas pelantikan dua wakil rakyat daripada PN sebagai EXCO Negeri Sembilan, Abdul Hadi berpuas hati kerana Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, turut menyenaraikan dua daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membarisi jawatan EXCO.
“Seorang lagi ADUN daripada PN akan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN,” katanya.
MARANG: Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih dalam proses perundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedua pihak sudah mengadakan beberapa siriperundingan awal dan akan berterusan terutama mengadakan pertemuan untuk mencari formula kerjasama yang dipersetujui bersama.
Katanya, perbincangan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka turut mengambil kira tiada kerusi Parlimen dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Dewan Undangan negeri (DUN) Melaka masih belum dibubarkan, tetapi rundingan terutamanya membabitkan perpaduan Melayu dan Islam masih diteruskan.
“PN dan BN sedang berusaha untuk menyatukan dan menyelamatkan orang Melayu,” katanya ketika ditemui di perkarangan kediamannya selepas selesai menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat parti itu akan mempertahankan 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, BN berhasrat untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 lalu.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kenyataan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO adalah pandangan peribadi dan rundingan masih diteruskan.
Katanya, rundingan dan perbincangan termasuk mengambil kira BN tidak memenangi kerusi Parlimen pada PRU lalu.
Ketika mengulas perlantikan dua wakil rakyat daripada PN sebagai EXCO Negeri Sembilan, Abdul Hadi berpuas hati kerana Menteri Besar,Datuk Ismail Lasim kerana turut menyenaraikan duadaripada 10 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) membarisi jawatan EXCO.
“Seorang lagi ADUN daripada PN akan dilantik sebagai timbalanyang dipertua DUN,” katanya.
Ends
From: Baharom
© New Straits Times Press (M) Bhd






