Silverstone: Jorge Martin memimpin dari mula hingga tamat untuk memenangi perlumbaan pecut Grand Prix Britain sekali gus melebarkan kelebihan dalam kejuaraan MotoGP, hari ini.
Pelumba Aprilia itu mengekalkan rentak terbaik sepanjang 10 pusingan untuk memastikan podium dikuasai pengeluar Itali berkenaan.
Pelumba Trackhouse, Ai Ogura menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan sepasukan Martin, Marco Bezzecchi di tempat ketiga.
Kemenangan itu membolehkan Martin mengumpul 220 mata keseluruhan, dengan Ogura di tempat kedua, ketinggalan 17 mata.
Sementara itu, harapan juara dunia bertahan, Marc Marquez untuk mengejar kejuaraan menerima tamparan selepas pelumba Ducati itu yang bermula di petak keenam hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.
Marquez bergelut dengan masalah kehausan tayar pada penghujung perlumbaan dan hanya meraih satu mata selepas kumpulan pelumba di belakangnya semakin menghampiri garisan penamat.
© New Straits Times Press (M) Bhd






