Tak Dapat Ke Unifi Arena? Korang Boleh ‘Feel’ Bahang AJL40 Dari Rumah Je!

Tak Dapat Ke Unifi Arena? Korang Boleh ‘Feel’ Bahang AJL40 Dari Rumah Je!


AJL40 bakal kembali menghangatkan malam korang dan kali ini, tak perlu bersesak ke Unifi Arena pun untuk rasa bahangnya!

Kalau setiap tahun Anugerah Juara Lagu (AJL) memang antara acara yang wajib masuk dalam watchlist korang, tahun ini ada berita baik. Menerusi kempen “Jom Tonton Di Rumah”, platform penstriman Tonton bakal bawa kemeriahan AJL40 terus ke skrin korang.

Yes, dari ruang tamu pun boleh rasa macam tengah duduk dalam venue!

Tak kisahlah korang nak layan sambil baring atas sofa, sambil makan atau siap berkumpul dengan geng dan family, AJL40 boleh ditonton secara langsung menerusi Tonton dalam Full HD, dengan akses yang lebih mudah dan fleksibel.

Empat Dekad Muzik, Satu Malam Yang Mesti Meriah!

Untuk edisi ke-40 ini, bukan sekadar persembahan para finalis yang bakal mencuri perhatian. Penonton juga boleh menikmati persembahan pembukaan serta selingan istimewa daripada barisan penyanyi popular tanah air.

Paling menarik, peminat juga boleh throwback semula kepada persembahan-persembahan ikonik daripada edisi AJL terdahulu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan empat dekad anugerah berprestij ini dalam meraikan industri muzik tempatan.

Kiranya, malam AJL40 nanti memang boleh jadi sesi “eh aku ingat lagi lagu ni!” bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bukan Sekadar Tengok, Korang Pun Boleh Undi!

Kalau selama ini korang hanya mampu tengok dan komen dekat media sosial, kali ini boleh terus tunjukkan sokongan kepada finalis pilihan korang.

Menerusi Anugerah Persembahan Terbaik AJL40, peminat berpeluang memberikan undian kepada persembahan finalis yang paling mencuri perhatian.

Undian akan dibuka pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam, dan akan berlangsung sehingga selepas persembahan finalis terakhir AJL40.

Jadi, kalau ada persembahan yang buat korang rasa “Okay, yang ni memang deserve!”, jangan lupa gunakan peluang untuk undi.

Nak Dapatkan Kredit Undian? Ini Caranya

Mulai 10 Ogos 2026, korang boleh mendapatkan langganan Tonton 3 Bulan, dan setiap langganan akan memberikan 300 kredit undian.

Malah, satu akaun Tonton boleh melanggan pelan tersebut sehingga 10 kali.

Kredit undian yang diterima kemudiannya boleh digunakan untuk menyokong finalis pilihan sepanjang tempoh undian berlangsung.

Maksudnya, sambil korang layan persembahan dari rumah, korang juga boleh jadi sebahagian daripada perjalanan menentukan siapa yang bakal membawa pulang Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.

Tak Dapat Tiket Bukan Alasan Untuk Ketinggalan!

Dengan akses kepada kandungan AJL terdahulu dan pengalaman menonton yang lebih fleksibel menerusi pelbagai peranti, Tonton memang boleh jadi pilihan untuk korang yang nak layan AJL40 tanpa perlu risau tentang lokasi.

Tak dapat ke Unifi Arena? Tak apa. Tak perlu berebut tempat depan pentas, tak perlu fikir parking dan tak perlu keluar rumah pun. Cukup buka Tonton, settle!

Jadi, save the date dan ready dengan snacks masing-masing. 15 Ogos nanti, ruang tamu korang boleh bertukar jadi mini Unifi Arena.

Saksikan AJL40 secara langsung menerusi Tonton dan jangan lupa, sambil korang layan setiap persembahan, undi juga persembahan favourite korang!






Source link

OR

Scroll to Top