E-perayauan percuma Tune Talk Epik+ 50 permudah ibadah umrah, haji

E-perayauan percuma Tune Talk Epik+ 50 permudah ibadah umrah, haji


KUALA LUMPUR: Urusan komunikasi buat jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci kini menjadi lebih mudah serta lancar menerusi pengenalan pelan prabayar Tune Talk Epik+ 50.

Menerusi kempen “Roam As Home”, pelan terbaharu daripada Tune Talk ini menawarkan kemudahan e-perayauan percuma khusus bagi memudahkan jemaah kekal berhubung dengan keluarga di tanah air sepanjang berada di Arab Saudi.

Pelan ini menawarkan kemudahan e-perayauan percuma khusus untuk memudahkan jemaah kekal berhubung dengan keluarga di tanah air sepanjang berada di Arab Saudi.

Kemudahan ini memberikan nilai tambah yang cukup bererti buat jemaah di Tanah Suci kerana ikatan komunikasi bersama keluarga boleh diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Ini sekali gus membolehkan detik-detik bermakna seperti peluang menatap Kaabah atau kiriman doa dikongsi secara terus tanpa perlu melanggan pas tambahan mahupun beratur mencari kad SIM tempatan.

 

Selain memberi kemudahan buat jemaah umrah dan haji, pelan Tune Talk Epik+ 50 turut meluaskan liputan e-perayauan percuma ini bagi memenuhi keperluan pengembara tempatan.

Menurut data perjalanan luar negara oleh Tourism Malaysia, Indonesia (35.2 peratus), Thailand (30.7 peratus), Singapura (18.4 peratus) dan Jepun (14.3 peratus) antara destinasi percutian antarabangsa utama yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Menerusi tawaran ini, pengembara boleh menikmati perkhidmatan e-perayauan percuma di 13 buah negara popular.

Antara 13 negara yang tersenarai dalam zon e-perayauan percuma ini termasuk Arab Saudi, Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Vietnam, Filipina, Korea Selatan, Kemboja, New Zealand, Australia dan Brunei.

Liputan e-perayauan ini juga bakal diperluaskan ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

Melalui fungsi Auto-Connect, pengguna tidak lagi perlu mencari kad SIM fizikal tempatan atau mengaktifkan pas perayauan harian secara manual sebaik sahaja mendarat.

Rangkaian akan diaktifkan secara automatik, membolehkan internet berkelajuan tinggi diakses serta-merta tanpa perlu membuat sebarang tetapan rumit.

Dalam pada itu, Tune Talk turut melakar sejarah sebagai syarikat telekomunikasi pertama negara yang beralih daripada teknologi Ultra Fast 5G kepada rangkaian pintar Cloud AI Powered Ultra Fast 5G.

Integrasi kecerdasan buatan (AI) berasaskan awan ini memastikan kestabilan talian optimum dan pengurusan data yang lebih efisien ketika berada di luar negara.

Adakah pelan telekomunikasi anda sekarang memberikan nilai terbaik dan mencukupi untuk keperluan harian serta kembara?

Dengan pelan Tune Talk Epik+ 50, pengguna bukan sahaja menikmati liputan e-perayauan percuma, malah dibekalkan kuota data sehingga 500GB, akses Ultra Fast 5G sepanjang hari serta perlindungan Insurans Kemalangan Diri (PA) sehingga RM150,000.

Sudah tiba masanya untuk menilai semula pilihan yang ada dan jom “Kasi Tune” bersama Tune Talk untuk pengalaman kembara serta komunikasi lebih berbaloi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tune Talk E-Roaming atau fahami kelebihan Kasi Tune.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top